Penduduk di seluruh dunia pasti mendambakan internet berkelajuan tinggi dalam menjalankan tugas seharian. Setiap negara walau bagaimanapun mempunyai infrastruktur rangkaian yang berbeza dalam memberikan impak untuk memenuhi keperluan pengguna internet di negara mereka.

Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh SpeedCheck, Korea Selatan telah berjaya mendahului lebih daripada sembilan negara lain di dunia dengan kelajuan terpantas sekitar 413.31Mbps.

Tempat kedua pula jatuh kepada Taiwan dengan kelajuan 135.36Mbps diikuti Jepun dan Jerman dengan masing-masing mencatat kelajuan 124.25Mbps dan 120.69Mbps.

vocket-tech-news-5g
Sumber Gambar: SpeedCheck

Rakyat Korea Selatan dilaporkan berjaya menikmati internet 5G dengan anggaran 15% lebih pantas berbanding negara lain di dunia. Mereka berpeluang untuk merasai pengalaman AV/VR, memuat turun fail yang besar serta bermain games dalam talian dengan lancar.

vocket-tech-5g-1

Berdasarkan jadual di atas, pengguna internet di Korea Selatan perlu membayar harga pelan internet pada kadar yang lebih tinggi berbanding pengguna Amerika Syarikat. Secara puratanya penduduk Korea Selatan perlu membayar pada harga $2 (~RM8.32) untuk setiap GB.

Meskipun pelan internet di Malaysia masih dikira mampu milik seperti yang ditawarkan beberapa syarikat, servis liputan yang ditawarkan didapati masih belum baik untuk penggunaan harian.

Sebahagian besar rakyat Malaysia masih tidak dapat menikmati kelajuan internet yang sepatutnya. Usaha kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur 5G secara meluas pada tahun ini sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Sementara itu, syarikat Starlink kepunyaan Elon Musk dilaporkan bakal menawarkan servis internet berkelajuan tinggi di Malaysia sekitar tahun 2022.

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022

Mahu Seluruh Rakyat Terima Internet Sama Rata, Jokowi Minta Tingkatkan Pembinaan ‘Tol Langit’

Sumber